Berbaik Sangka




Berbaik sangka lah kita…
Ada prasangka baik
Ada prasangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah 
Mana tahu yang senyum itu keran sedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdik dan cergasnya
Jauhi sikap suka berprasangka
Memusnahkan ukhuwwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api…

Firman Allah SWT 49:12 maksudnya:

"Wahai orang-orang yangg beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orangg lain n janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

0 comments: