Sebelum Maut Menjemput



Sesungguhnya, kita datang daripada Allah dan kepada-Nya jua kita akan kembali. Kematian akan datang menjemput semua yang bernyawa, tanpa kita ketahui bila masa dan tempatnya. Oleh itu, sebagai hamba Allah yang bertakwa, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian. Bersedia yang dimaksudkan adalah bersedia dari kelengkapan dan bekalan kita untuk hari akhirat.





Mampukah pahala kita memenangi timbangan (Mizan) dosa kita di akhirat kelak? Baginda Rasulullah S.A.W ketika menghadapi sakaratul maut amatlah pedih, inikan pula kita sebagai manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan dosa?

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbahi peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

Antara tanda-tanda awal sebelum kematian

Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.

___________________________________________________________________
100 Hari Sebelum Kematian

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil.Seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini amat berguna bagi mereka yang sedar dan rajin beramal soleh, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian.
___________________________________________________________________
40 Hari Sebelum Kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di  Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
___________________________________________________________________
7 Hari Sebelum Kematian

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak lalu untuk makan secara tiba-tiba dia akan berselera untuk makan.
___________________________________________________________________
3 Hari Sebelum Kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
___________________________________________________________________
1 Hari Sebelum Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
___________________________________________________________________
Tanda Akhir Sebelum Kematian

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
__________________________________________________________________


*Semoga tanda-tanda kematian ini dapat kita jadikan sebagai iktibar dan peringatan sebelum giliran kita pulang untuk bertemu Allah S.W.T

Wallahualam

0 comments: