100 Tahun Tenggelamnya Titanic

Pada pagi 15 April 1912, tennggelamannya Titanic pada malam sebelumnya mengejutkan seluruh pelusuk dunia. Kapal itu dianggap telah dibina dan dipercayai boleh menanggung apa-apa jenis kerosakan dan akan terus kekal hidup. Tetapi lewat pada malam April 14, 1912, tenggelamanya Titanic mengecewakan banyak pihak dan mencatat nokhtah hitam dalam sejarah perairan dunia. Yang lebih menyedihkan apabila Titanic karam dalam pelayaran  sulungnya selepas siap sepenuhnya pada 2 April, 1912.





Punca Titanic tenggelam telah menjadi kajian dan perbahasan banyak pihak. Jelas sekali, faktor utama adalah berlanggar dengan aisberg tetapi masih timbul persoalan. 'Bagaimana ia tenggelam?' 











1912, Titanic mula karam pada lewat malam 14 April 1912. Maklumat tentang Titanic tenggelam menunjukkan bahawa kapal itu menghampiri iceberg yang sangat besar, dan walaupun usaha telah dilakukan untuk mengelak iceberg tersebut, ternyata hanya sia-sia. Rekod kemalangan Titanic menunjukkan bahawa bencana Titanic mungkin dapat dielakkan sekiranya pegawai di atas kapal memberi perhatian terhadap laporan tentang kewujudan iceberg di atas laluan mereka (Titanic). Tetapi malang tidak berbau, Titanic ditakdirkan untuk karam.




Fakta tentang Titanic:

  • Setiap penumpang kelas pertama membayar $ 4350 untuk tiket suite salon dan $ 150 bagi tiket dermaga.
  • Nama sebenar ialah RMS (Royal Mail Ship) Titanic
  • Kapal layar pertama yang mempunyai kolam renang air panas (heated pool).
  • Kapal Titanic dimiliki oleh White Star Line.
  • Setiap kabin mempunyai pencahayaan elektrik dan haba.
  • Sebanyak $ 7 500 000 diperlukan untuk pembinaan Titanic pada masa itu. Jika pada hari ini, bersamaan dengan $ 400 000 000.
  • Pembinaan Titanic bermula pada 31 Mac 1909.
  • Memakan masa selama 3 tahun untuk siap dibina.
  • Berat Titanic adalah 46,328 tan, panjang 268m dan tinggi 11 tingkat
  • Menggunakan 825 tan arang sehari untuk menjana kuasa enjin.
  • Kelajuan Titanic adalah 23 knots bersamaan 42.6 kph.
  • Lifeboat hanya mencukupi untuk 1178 orang, berbanding di atas kapal seramai 2228 orang.
  • Dari 1517 orang yang hilang, hanya 306 jasad yang ditemui.
  • Mengambil masa selama 3 jam untuk tenggelam sepenuhnya setelah melanggar iceberg.
  • Tenggelam sepenuhnya pada 2.45 pagi, 15 April 1912
  • Tenggelam sedalam 2.5 batu (4 km) di dasar lautan.


Pada 5 April 2012, UNESCO telah mewartakan Titanic sebagai warisan budaya.




0 comments: