Memang betul,kebanyakan tahun jika dibahagikan sama rata dengan empat mengandungi satu hari lebih.Tahun yang dapat dibahagi sama rata dengan 100, tidak mengandungi satu hari lebih, kecuali jika tahun itu juga dapat dibahagikan sama rata dengan 400. Ini bermakna bahawa dalam tempoh 400 tahun, hanya 97 hari lompat, dan bukan nye 100.Paham dok?
Mesti keliru kan? Semua ni adalah disebabkan kalendar yang kita gunakan adalah agak pelik bin aneh. Walaupun tahun yang biasa adalah 365 hari, tahun yang penuh sebenarnya adalah lebih kurang 365 hari dan 6 jam. Oleh itu, selepas empat tahun, terdapat tambahan 24 jam diambil kira di dalam kalendar.Oleh yang demikian, 29 Februari perlu ditambah.
Walau bagaimanapun, jumlah sebenar 6 jam tidak tepat , yang lebih tepat ialahi 5 jam, 49 minit dan 16 saat. Untuk itu, kalendar tidak menambah satu hari ke tahun-tahun yang menamatkan satu abad, kecuali jika tahun itu dapat dibahagi dengan 400. Ini bermakna pada tahun 1900 tidak mempunyai hari lompat. Tetapi, pada tahun 2000 terdapat hari lompat, kerana 2000 boleh dibahagikan dengan 400.
wikipedia.org
0 comments: