Baru-baru ni berlaku pergaduhan antara pekerja kfc dan juga seorang pelanggan yang berbangsa cina. Kejadian ini dikatakan berlaku di KFC i-city Shah Alam. Pergaduhan berlaku apabila pelanggan tersebut telah menunggu untuk mendapatkan ayam KFC selama hampir sejam, kemudian barulah dia dimaklumkan bahawa ayam telah habis pada hari itu.
Pelanggan berbangsa cina yang berang itu kemudian mula bertekak dengan pekerja KFC. Mungkin kerana pekerja KFC tersebut telah dimaki hamun oleh pelanggan tersebut, pergaduhan mula tercetus.
Kejadian ini sedikit sebanyak memberikan implikasi buruk kepada isu perkauman di negara kita.Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,kita sewajarnya menghormati antara satu sama bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.
Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara kita..hehe :)
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
0 comments: