Tips-tips amalan pemakanan sihat cara Rasulullah S.A.W
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.
2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.
4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.
6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.
7. Rasulullah akan tidur sekejap atau selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur (Qailulah)
8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Maghrib.
9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.
10. Nabi juga mengajar supaya manusia minum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.
Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membntu kita untuk bergelar umat Islam yang SEBENARNYA..
Wallahu a'lam
sumber: salehsalmie.com
0 comments: