Papan Iklan Yang Kreatif

Papan iklan memang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk dan servis. Kalau papan iklan yang menarik dan kreatif macam di bawah ni, bukan sahaja cantik, malah mencuit hati. Jom kita lihat beberapa papan iklan di luar negara, mungkin lepas ni Malaysia boleh letak iklan macam ni pula kan? 















Bisikan Cinta




Cinta itu berbisik
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati

Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta

Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya.

Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam

Ya Allah
Aku redha mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi

Vending Machine Yang Rare

Zaman semakin maju,manusia semakin pintar, teknologi semakin canggih. Sekarang muncul beberapa Vending Machine yang canggih dan mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memudahkan tugas manusia. Di bawah adalah antara beberapa Vending Machine yang sudah wujud di serata dunia.


1.Pizza Vending Machine . Pizza 9 inci anda akan siap dalam masa hanya 2 minit!




 2.Anger Release Vending Machine. Masukkan coin dan pilih, selepas itu pinggan atau cawan yang anda pilih akan jatuh pecah di hadapan anda.Boleh lepaskan kemarahan ke macam tu?




3.Gun Vending Machine. Mesin ni sebenarnya bukanlah menjual pistol,tetapi hanya kempen untuk menyatakan betapa mudahnya pistol didapati di Afrika Selatan. Dan duit yang dimasukkan akan digunakan untuk kempen Bebas Senjata yang dijalankan.



4.Best Buy Vending Machine. Anda kini boleh membeli gajet-gajet hanya menggunakan mesin.



5.iPod Vending Machine. Mesin yang akan menjual iPod dan aksesori iPod yang lain.



6.Socks Vending Machine. Kalau terdesak sangat untuk membeli stokin, mungkin mesin ini boleh membantu. 



7.Replacement Body Part Vending Machine. Mesin ini akan menjual anggota badan ganti untuk mereka yang OKU.



8.Books Vending Machine. Ulat buku mungkin akan gemarkan mesin ini.



9.Gold Vending Machine. Ini pula mesin yang akan menjual emas. Kalau kena rompak mesin tu agak sedih jugak sebenarnya.



10.Jeans Vending Machine. Jeans kini boleh dibeli hanya di mesin,tapi kalau tak muat nak tukar kat mana?



11.Soccer Ball Vending Machine. Mesin ni lebih sesuai kalau diletakkan di tepi padang atau gelanggang futsal.




Lukisan Pensil 3D Yang Memukau!

Fredo artis muda kelahiran Chile sememangnya gila dengan lukisan pensil tiga dimensi yang kelihatan seakan-akan objek tersebut ingin melompat keluar dari kertas lukisan.  Nama sebenar Fredo ialah Wladimir Inostroza, tetapi dia lebih selesa dipanggil Fredo. 

Beberapa lukisan 3D Fredo, dia hanya perlu mengambil masa 30 minit untuk selesai, tetapi terdapat juga lukisan dimana dia perlu hampir sebulan untuk menyiapkan satu-satu lukisan. Untuk mencapai tahap realisme yang tertinggi, dia perlu menggabungkan objek sebenar dalam karyanya.

lagi gambar,





















Sebelum Maut Menjemput



Sesungguhnya, kita datang daripada Allah dan kepada-Nya jua kita akan kembali. Kematian akan datang menjemput semua yang bernyawa, tanpa kita ketahui bila masa dan tempatnya. Oleh itu, sebagai hamba Allah yang bertakwa, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian. Bersedia yang dimaksudkan adalah bersedia dari kelengkapan dan bekalan kita untuk hari akhirat.





Mampukah pahala kita memenangi timbangan (Mizan) dosa kita di akhirat kelak? Baginda Rasulullah S.A.W ketika menghadapi sakaratul maut amatlah pedih, inikan pula kita sebagai manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan dosa?

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah disimbahi peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

Antara tanda-tanda awal sebelum kematian

Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.

___________________________________________________________________
100 Hari Sebelum Kematian

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil.Seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini amat berguna bagi mereka yang sedar dan rajin beramal soleh, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian.
___________________________________________________________________
40 Hari Sebelum Kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di  Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
___________________________________________________________________
7 Hari Sebelum Kematian

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak lalu untuk makan secara tiba-tiba dia akan berselera untuk makan.
___________________________________________________________________
3 Hari Sebelum Kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
___________________________________________________________________
1 Hari Sebelum Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
___________________________________________________________________
Tanda Akhir Sebelum Kematian

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
__________________________________________________________________


*Semoga tanda-tanda kematian ini dapat kita jadikan sebagai iktibar dan peringatan sebelum giliran kita pulang untuk bertemu Allah S.W.T

Wallahualam

100 Tahun Tenggelamnya Titanic

Pada pagi 15 April 1912, tennggelamannya Titanic pada malam sebelumnya mengejutkan seluruh pelusuk dunia. Kapal itu dianggap telah dibina dan dipercayai boleh menanggung apa-apa jenis kerosakan dan akan terus kekal hidup. Tetapi lewat pada malam April 14, 1912, tenggelamanya Titanic mengecewakan banyak pihak dan mencatat nokhtah hitam dalam sejarah perairan dunia. Yang lebih menyedihkan apabila Titanic karam dalam pelayaran  sulungnya selepas siap sepenuhnya pada 2 April, 1912.





Punca Titanic tenggelam telah menjadi kajian dan perbahasan banyak pihak. Jelas sekali, faktor utama adalah berlanggar dengan aisberg tetapi masih timbul persoalan. 'Bagaimana ia tenggelam?' 











1912, Titanic mula karam pada lewat malam 14 April 1912. Maklumat tentang Titanic tenggelam menunjukkan bahawa kapal itu menghampiri iceberg yang sangat besar, dan walaupun usaha telah dilakukan untuk mengelak iceberg tersebut, ternyata hanya sia-sia. Rekod kemalangan Titanic menunjukkan bahawa bencana Titanic mungkin dapat dielakkan sekiranya pegawai di atas kapal memberi perhatian terhadap laporan tentang kewujudan iceberg di atas laluan mereka (Titanic). Tetapi malang tidak berbau, Titanic ditakdirkan untuk karam.




Fakta tentang Titanic:

  • Setiap penumpang kelas pertama membayar $ 4350 untuk tiket suite salon dan $ 150 bagi tiket dermaga.
  • Nama sebenar ialah RMS (Royal Mail Ship) Titanic
  • Kapal layar pertama yang mempunyai kolam renang air panas (heated pool).
  • Kapal Titanic dimiliki oleh White Star Line.
  • Setiap kabin mempunyai pencahayaan elektrik dan haba.
  • Sebanyak $ 7 500 000 diperlukan untuk pembinaan Titanic pada masa itu. Jika pada hari ini, bersamaan dengan $ 400 000 000.
  • Pembinaan Titanic bermula pada 31 Mac 1909.
  • Memakan masa selama 3 tahun untuk siap dibina.
  • Berat Titanic adalah 46,328 tan, panjang 268m dan tinggi 11 tingkat
  • Menggunakan 825 tan arang sehari untuk menjana kuasa enjin.
  • Kelajuan Titanic adalah 23 knots bersamaan 42.6 kph.
  • Lifeboat hanya mencukupi untuk 1178 orang, berbanding di atas kapal seramai 2228 orang.
  • Dari 1517 orang yang hilang, hanya 306 jasad yang ditemui.
  • Mengambil masa selama 3 jam untuk tenggelam sepenuhnya setelah melanggar iceberg.
  • Tenggelam sepenuhnya pada 2.45 pagi, 15 April 1912
  • Tenggelam sedalam 2.5 batu (4 km) di dasar lautan.


Pada 5 April 2012, UNESCO telah mewartakan Titanic sebagai warisan budaya.